Wednesday 3 July 2013

EPISOD 9 -hidup dan mati aku...

hai...aku nak sambung kisah kelahiran princess Nur Arissa Sofia...kali ni apa yang akan aku ceritakan pasti menjadi pendoman pada ibu-ibu atau anak2...susah payah untuk melahirkan bayi...yang mungkin ada segelintir kita lupa dan leka dalam mengenang pengorbanan ibu masing2...ok itu mukahdimah nya..
click read more---->
masa doktor jahit tuh aku mmg dalam keadaan sedar...aku tak nampak muka siapa yang jahit...tapi aku memang tak tahan...sakit sangat masa tuh..tak pasti napa jahit lama sangat.aku dah la banyak kehilangan tenaga...aku tanya dengan doktor yang tengah jahit...
"doktor lama lagi ke..."
"sabar ek puan..."
aku nak nanges tapi tiada air mata yang keluar..aku mmg tiada tenaga...lepas aku dijahit....sakit masih lagi terasa...aku tak tahan...ALLAH SWT sahaja yang tau....aku diangkat atas katil yang lain untuk dibawa kemana aku kurang pasti...rupanya aku masih lagi ditempatkan di labour room cuma ada satu tempat macam khas untuk 1 pesakit je...lama aku tunggu...aku cakap aku sakit...
attenden yang datang kat aku tenangkan aku
"memanglah sakit baru lepas bersalin dik..."
Ya ALLAH macam mana aku nak cakap ek...sakit ni yang lain tau sakit yang adoooiii susah nak dibagitau pada orang lain..
"adik nak air x..."
aku anggukkan kepala dah mmg aku dahaga selepas berjuang melahirkan princess aku tuh...
aku tak tahan aku cakap
"kenapa sakit...ek...saya rasa doktor tadi dah terjahit aku nye HEMEROID aka buasir..."
datang doktor...dia check.
"puan tak ada apa2 yang kena jahit...puan tak ada hemeroid..."
ya ALLAH sakit...sangat saya tak boleh nak baring macam ni...
pendekkan cerita...setelah aku berdebat ngan doktor praktikal tuhhhh derrrr....
doktor pakar datang check...
"puan ada darah beku puan...kita terpaksa laku kan pembedahan untuk buang darah beku tu.."
apa yang terlintas dikepala...aku dah nak mati ke...ooowwhh tak anak aku macam mana...ermmm
aku rasa ada air panas mengalir kat mata aku....
diorang panggil suami aku nak bagitau aku kene bedah...
aku dah tak boleh bernafassss...diorang bagi aku oksigen tok bantu aku bernafas...aku rasa sangat sukar nak tarik oksigen...dah nak mati ke aku ni....
YA ALLAH SWT aku takut tak diterima KAU sekiranya aku pergi dulu...
macam2 orang cakap dengan aku...tapi aku ingat satu aje..
"adakah nyawa aku sampai disini..anak aku macamne..."
airmata makin deras kot mengalir...aku dibawa keluar untuk pergi ke bilik bedah....

sambung nantiiiii....

No comments:

Post a Comment